Friday, October 7, 2011

Kerabu Mangga Makanan Laut

Jum Ke Dapur Cik Jah

Hari nie cik jah nak bagi respi simple jer...bak kata org tu...budak2 pon blh buat hihihihihi....btol.xcaya k? jum kite bace macam mane cara masak dia hihihii..

BAHAN-BAHAN

4 ekor udang (sederhana besar )
2 ekor sotong (potong bulat)
1 ekor ketam (potong empat)
4 keping tiram
1 biji magga muda ( hiris halus2 /cincang tau hihihi)
2 batang serai (hiris)
2 keping daun limau purut ( hiris halus )
1 kuntum bunga kantan ( hiris halus)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil cuka
Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN

1. Bersihkan semua makanan laut dan rebus
2. Hiris semua bahan termasuk mangga
3. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Da siap..senang jer kan hihihihi...hidangan nie sesuai di makan bersama nasi.hihihi





Pesan cik jah, untuk membuat kerabu mangga, sebaiknya cincang dan hiris halus mangga. Jangan disagat kerana proses segatan akan menyebabkan  jus mangga keluar dan kerabu tidak tahan lama. Sebaiknya setelah semua bahan digaul, simpan di dalam peti sejuk sebelum hidang...Lagi 1, kalau xnak campur banyak sangat makanan laut, macam ketam udang ,tiram sotong...Buat jer salah satu...macam sotong jer.. satu jenis pun da ok..hihihi selamat mencuba..=)


No comments:

Post a Comment