Wednesday, October 5, 2011

Daging Asam Pedas Bunga Kantan


Jum Ke Dapur Cik jah
Wah korang sume...cihat?? semalam cik jah da bg rempah BBq..mcm mane da try k??? hihihihi..malam nie korang nak ape ...cik jah da 1 respi nak kongsi same2...nak x?? klu xnk pon cik jah nk bg jugak hihihihi...tajuk dia ..tu kat atas tu hihiihi...klu korang bace perrghh mcm nk makan terus..tp sabar2 hihihi bace la bismillah dulu hihihi...ape?? xsabar nak tau cara nak masak ..ok2 cik jah bg ye hihihihi...
nie la dia=)


BAHAN-BAHAN
500 gm daging (potong kiub)
3 tangkai cili merah (buang biji dan kisar)
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga kantan (mayang)
2 biji buah keras
200 ml air asam jawa
Sedikit minyak,belacan,garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

1 Labu bawang besar
3 Ulas bawang kecil
2 Ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili merah,cili kisar dan belacan. Kacau  hingga sebati.
2. Kemudian,masukkan daging dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan air asam jawa,bunga kantan dan buah keras.
4. Kacau hingga mendidih serta daging empuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.




Ha nie la dia.. Daging Asam Pedas Bunga Kantan=) ...selamat mencuba...jgn lupe singgah sebentar ke dapur cik jah yer..bye tQ hihihihi=D



No comments:

Post a Comment