Wednesday, November 21, 2012

Kerabu Perut

 Resipi Kerabu Perut

Ha baru baru nie dah test wak kerabu perut...wah hasil dia ok...walaupon 1st time try ..tp dgn respi yang mak bagi huhuhuhu oyeh..

meh sini nak kongsi ...nak tau respi dia ha...nie dia bahan2 :)



Bahan- Bahan 

500 g perut yang telah siap dibersihkan
2 cawan Kelapa yang di parut
3 ekor anak ikan selayan yang telah direbus
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 biji bawang besar yang telah di mayang
2 batang serai yang telah di mayang
1 biji bunga kantan yang telah dimayan
10 batang kacang panjang di hiris halus
   touge
3 biji limau nipi
2 sudu cuka
garam secukup rasa


Cara Penyediaan

1. Rebus perut sehingga masak
2. Perut di potong halus
3. Panaskan kuali dan terus masukkan kelapa muda yang telah diparut untuk digoreng dijadikan kerisik tanpa    menggunakan minyak. Masukkan bawang , isi ikan dan serbuk lada hitam..
4. Goreng sehingga sebati dan naik bau...
5. Masukkan bunga kantan yang telah dimayan dan sedikit serai dan garam dan aji secukup rasa.
6. Rasa masakan tersebut dan pastikan semua telah dimasukkan.
7. Api ditutup dan masukkan bahan tersebut  kedalam bekas.
8.Masukkan bahan yang belum dimasukkan  kedalam bekas seperti kacang panjang,touge,limau nipis ,cuka.
9. Gaul bahan tersebut sehingga sebati dan siap...hihihihihi

Pastikan semua bahan telah dimasukkan dan siap untuk dihidang...selamat mencuba :)

Tuesday, October 11, 2011

BROKOLI GORENG TAUCU

Jum Ke Dapur Cik Jah

Malam nie cik jah nak bagi respi pasal brokoli goreng taucu...bagi mereka yang xgemar makan daging tu sesuai sgt la klu nak try masak nie hihihihii....jum2 kite tengok bahan-bahan yang dia guna=D

BAHAN-BAHAN

500 gm brokoli ( hiris nipis)
2 sudu besar taucu
1 batang serai ( mayang )
3 cm halia ( hiris )
4 ulas bawang putih ( cincang )
2 tangkai cili merah  ( hiris )
Minyak

CARA MENYEDIAKAN

1. Sediakan sayuran,hiris brokoli, bersihkan dan tuskan
2. Sediakan bahan hirisan dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan taucu dan gaul rata.
4. Masukkan brokoli dan gaul rata.
5. Tutup api dan hidang hihihihihi da siappppp yummmyyy2


^^^ hihihihi selamat mencuba untuk awk semua =D ^^^
 

Sunday, October 9, 2011

Mi Lipat Pangkor

Jum Ke Dapur Cik Jah

Jum kite smua mlm nie pekena resepi Mi Lipat Pangkor....Org cakap best lain dari yang lain hihihii...nak tau cara masak dia...senang jer...hihihi...jum2 kite tengok bahan pae yang dia guna hihihii

BAHAN-BAHAN

200 gm mi lipat @ mi yang org buat spaggeti...yang tu la =D ( Celur hingga lembut)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
50 gm ketam (potong empat)
20 gm sotong (potong bulat)
20 gm udang
20 gm cili kisar
20 gm kucai
20 gm tauge
15 gm sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak
3. Masukkan sotong, ketam, udang dan gaul rata.
4. Masukkan mi lipat dan kacau rata.
5. Masukkan kucai, tauge dan garam secukup rasa, kacau lagi.


Resepi Mee Lipat Pangkor

Ha da siap da...selamat mencuba semua=)...singgah2 ke dapur cik jah ye tQ=D

Saturday, October 8, 2011

Ikan Cencaru Bakar Sambal Kelapa

Jum Ke Dapur Cik Jah

Malam nie cik jah nak share respi ikan cencaru...selama nie kita bakar jer..kali nie ape kata kite update sikit...kite letak sambal kelapa...ha bru la da .....ape orang kata perubahan...ha bukan persatuan ukur bahan..tapi perubahan hihihi...jum kite kite masuk ke dapur cik jah..=)

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan cencaru sederhana besar,bersihkan dan belah belakang.
2 sudu besar kelapa parut
1 batang serai
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

1. Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
2. Tumbuk lumat cili padi,cili merah,bawang merah, serai serta kelapa dan garam secukup rasa.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan sehingga penuh dan bakar di atas kuali leper,sehingga masak..ha da pun siap...siap ape??? siap tulis la hihihihi=D
 


Ha sedap kan,...simple jer manu mlm nie...selamat mencuba=)...hihihihihi



Friday, October 7, 2011

Kerabu Mangga Makanan Laut

Jum Ke Dapur Cik Jah

Hari nie cik jah nak bagi respi simple jer...bak kata org tu...budak2 pon blh buat hihihihihi....btol.xcaya k? jum kite bace macam mane cara masak dia hihihii..

BAHAN-BAHAN

4 ekor udang (sederhana besar )
2 ekor sotong (potong bulat)
1 ekor ketam (potong empat)
4 keping tiram
1 biji magga muda ( hiris halus2 /cincang tau hihihi)
2 batang serai (hiris)
2 keping daun limau purut ( hiris halus )
1 kuntum bunga kantan ( hiris halus)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil cuka
Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN

1. Bersihkan semua makanan laut dan rebus
2. Hiris semua bahan termasuk mangga
3. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Da siap..senang jer kan hihihihi...hidangan nie sesuai di makan bersama nasi.hihihi





Pesan cik jah, untuk membuat kerabu mangga, sebaiknya cincang dan hiris halus mangga. Jangan disagat kerana proses segatan akan menyebabkan  jus mangga keluar dan kerabu tidak tahan lama. Sebaiknya setelah semua bahan digaul, simpan di dalam peti sejuk sebelum hidang...Lagi 1, kalau xnak campur banyak sangat makanan laut, macam ketam udang ,tiram sotong...Buat jer salah satu...macam sotong jer.. satu jenis pun da ok..hihihi selamat mencuba..=)


Thursday, October 6, 2011

Ayam Percik Londang

Jum Ke Dapur Cik Jah=)

Hai semua...chat??...ha ape ??ayam percik londang...ha jap2 cik jah nak bagi tau la nie hihih..ape mcm LONDON..hihihi xlah cik jah xpg london pon huhuhu...ok2 jum cik jah tunjukkan cara macam mane nak masak Ayam Percik londang...ye la asyik beli kat bazar jer ape kata kite buat sendiri...pasti jimat janji sedap hihihihi=)

BAHAN-BAHAN
1 kg ayam ( potong 8)
100ml minyak masak

BAHAN A
80gm bawang merah( kisar)
30gm bawang putih (kisar)
100gm halia (kisar)

BAHAN B
50gm kunyit hidup(kisar)
2 helai daun pandan
50gm isi kelapa (parut)
2 batang serai (ketuk)
200ml santan
100gm gula
garam

CARA MENYEDIAKAN

1.Panaskan Minyak dan tumiskan bahan A.Kemudian masukkan bahan B.
2. Selepas separuh masak,Masukkan ayam.
3.Gaul sehingga hampir masak
4.Ayam tadi asingkan daripada kuahnya.
5. Kemudian bakar ayam di dalam ketuhar sehingga masak.
6. Akhir sekali hidangkan dengan kuah nyer...uuurrmmm da siap tulis hihiihi

Resepi Ayam Percik London

 Yesss nie la dia...Ayam Percik Londang...Selamat Mencuba kawan2 smua....hhihihi...esk jangan lupe singgah lagi ke dapur cik jah ye hihihihi=D


Wednesday, October 5, 2011

Daging Asam Pedas Bunga Kantan


Jum Ke Dapur Cik jah
Wah korang sume...cihat?? semalam cik jah da bg rempah BBq..mcm mane da try k??? hihihihi..malam nie korang nak ape ...cik jah da 1 respi nak kongsi same2...nak x?? klu xnk pon cik jah nk bg jugak hihihihi...tajuk dia ..tu kat atas tu hihiihi...klu korang bace perrghh mcm nk makan terus..tp sabar2 hihihi bace la bismillah dulu hihihi...ape?? xsabar nak tau cara nak masak ..ok2 cik jah bg ye hihihihi...
nie la dia=)


BAHAN-BAHAN
500 gm daging (potong kiub)
3 tangkai cili merah (buang biji dan kisar)
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga kantan (mayang)
2 biji buah keras
200 ml air asam jawa
Sedikit minyak,belacan,garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

1 Labu bawang besar
3 Ulas bawang kecil
2 Ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili merah,cili kisar dan belacan. Kacau  hingga sebati.
2. Kemudian,masukkan daging dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan air asam jawa,bunga kantan dan buah keras.
4. Kacau hingga mendidih serta daging empuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.




Ha nie la dia.. Daging Asam Pedas Bunga Kantan=) ...selamat mencuba...jgn lupe singgah sebentar ke dapur cik jah yer..bye tQ hihihihi=D